Penangguhan pemilihan MT UMNO tidak sah-RoS

0
513
UMNO berdepan pelbagai konflik ketika ini.

CYBERJAYA- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memaklumkan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT), Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah.

RoS dalam satu kenyatannya berkata, penangguhan berkenaan tidak sah kerana kerana tempoh pemegang jawatan MKT parti itu bagi penggal 2018-2021 telah tamat pada 30 Jun lalu.

“Berdasarkan minit mesyuarat MKT UMNO pada 7 Julai 2021 untuk menangguhkan Pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan UMNO selama 18 bulan, RoS berpandangan bahawa keputusan tersebut adalah tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut RoS, pihaknya bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pentadbiran pertubuhan berdaftar dilaksanakan sejajar dengan Perlembagaan Pertubuhan masing-masing yang tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau undang-undang negara,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan media pada 29 Jun lalu dilaporkan berkata, pihaknya sudah menemui dan menulis surat kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) serta Ketua Pengarah ROS berhubung perkara itu.

Katanya, surat jawapan juga sudah diperoleh daripada Ketua Pengarah KKM bertarikh 10 Mei lalu sementara Ketua Pengarah ROS dan MKN masing-masing bertarikh 2 Jun dan 11 Jun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here