Pencemaran vaksin, Jepun tangguh guna Moderna

0
87
Gambar hiasan

TOKYO – Kerajaan Jepun akan menghentikan penggunaan 1.63 juta dos vaksin Moderna selepas laporan pencemaran bahan asing dalam botol vaksin itu.

Menurut Kementerian Kesihatan dan badan pengeluar ubat Takeda, pihaknya menerima laporan daripada beberapa pusat vaksinasi mengenai penemuan bahan asing di dalam botol vaksin yang belum dibuka.

“Setelah berunding dengan Kementerian Kesihatan, kami memutuskan untuk menangguhkan penggunaan vaksin itu bermula pada 26 Ogos lalu,” katanya seperti dilaporkan agensi berita luar hari ini.

Berikutan itu, pihak berkuasa kesihatan dan firma Takeda telah memaklumkan perkara itu kepada Moderna dan meminta siasatan segara dijalankan.

Setakat ini tiada maklum balas diterima daripada pihak Moderna berhubung permintaan itu.

Takeda tidak memperincikan sifat pencemaran itu, tetapi mendakwa belum menerima laporan mengenai masalah kesihatan yang timbul akibat daripada dos tercemar berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Jepun akan bekerjasama dengan Takeda untuk mendapatkan dos alternatif bagi mengelakkan gangguan pada program vaksinasi negara.

Setakat ini, kira-kira 43 peratus penduduk Jepun telah diberikan vaksin sepenuhnya, namun negara itu kini berdepan lonjakan kes Covid-19 yang disebabkan oleh varian Delta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here