Pendakwah terkenal tiba di Bukit Aman

0
108
Cubaan pihak media merakam kelibat penceramah terkenal yang turun di pintu masuk utama Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagaimanapun tidak berjaya.

KUALA LUMPUR – Seorang ustaz yang juga pendakwah terkenal tiba Ibu pejabat Polis Bukit Aman pagi ini dipercayai untuk memberi keterangan berhubung kes gangguan seksual.

Penceramah bertaraf selebriti itu dilihat tiba menaiki sebuah pacuan empat roda pada pukul 8.59 pagi ini.

Media semalam melaporkan, seorang ustaz dalam lingkungan usia 30-an dipanggil memberi kenyataan bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Satu kenyataan dijangka dikeluarkan berhubung perkara tersebut hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here