Penganjur Olimpik kesan kluster Covid-19 libatkan atlet Greece

0
25
GAMBAR HIASAN

TOKYO – Penganjur Olimpik 2020 mengesahkan kewujudan satu kluster Covid-19 dalam kalangan para atlet yang sedang menambil bahagian dalam temasya itu, semalam.

Menurut agensi UPI, kluster melibatkan 12 anggota delegasi renang berirama dari Greece.

Empat atlet dan seorang pegawai pasukan disahkan positif, manakala selebihnya didapati negatif.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua yang terlibat dipindahkan dari perkampungan atlet dan kini sedang menjalani kuarantin di tempat yang berasingan.

“Sebahagian (daripada 7 yang negatif setakat ini) sudah disahkan sebagai kontak rapat,” kata jurucakap penganjur, Masa Takaya pada taklimat media, semalam.

Takaya berkata, penularan itu disahkan sebagai satu kluster, dan merupakan yang pertama ditemukan di temasya tersebut.

Jawatankuasa Olimpik Greece terdahulu telah mengumumkan kewujudan kes positif dalam kalangan atletnya, yang menyebabkan penarikan diri Evangelia Papazoglou dan Evangelia Platanioti daripada acara duet renang berirama.

Perenang Greece juga tidak akan mengambil bahagian dalam acara renang berirama berkumpulan berikutan insiden tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here