Pengumuman dibuat selepas Muhyiddin menghadap Agong?

0
46
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan pejabatnya untuk ke Istana Negara

PUTRAJAYA -Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dijangka membuat satu pengumuman khas mengenai kedudukannya selaku Perdana Menteri.

Difahamkan, pengumuman itu akan dibuat selepas beliau menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang perincian lanjut berhubung pengumuman berkenaan.

Terdahulu Muhyiddin pada pukul 12 tengah hari tadi meninggalkan pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet.

Mesyuarat khas Kabinet itu berlangsung hampir tiga jam bermula 10 pagi, dipercayai membincangkan perkembangan semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Media sebelum ini melaporkan Muhyiddin dijangka membuat satu pemakluman penting berkaitan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan PN hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here