
CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat satu perutusan khas pada pukul 12.30 tengah hari ini.
Siaran tersebut akan disiarkan secara langsung di saluran RTM, Bernama, TV3, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri itu selepas situasi politik negara kembali panas berikutan pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam pada itu, Perdana Menteri yang selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi dilihat keluar dari Istana Negara kira-kira pukul 11.50 pagi dan dipercayai menuju ke pejabatnya di Putajaya.
Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong selama hampir satu jam hari ini, dipercayai membincangkan keadaan politik semasa negara.-MT