Penjawat awam antara 13 ditahan polis terlibat parti liar

0
184
Antara suspek yang ditahan kerana terlibat dalam parti liar semalam

ISKANDAR PUTERI – Seorang penjawat awam antara 13 yang ditahan polis selepas terlibat dalam parti liar di sebuah unit pangsapuri di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar, turut ditahan adalah tiga orang perempuan.

“Kesemua daripada mereka berumur antara 17 hingga 27 tahun.

“Hasil siasatan awal penganjur ‘private party’ itu mengajak semua suspek yang terlibat melalui aplikasi WhatsApp. Mereka semua tidak dikenakan bayaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Dzulkhairi berkata, parti liar itu bermula kelmarin pada pukul 9 malam dan berakhir lewat semalam.

Antara suspek yang ditahan kerana terlibat dalam parti liar semalam

Dzulkhairi berkata, dalam tangkapan itu pihak polis turut merampas satu set speaker dan satu laser stage lighting.

Sementara itu, katanya, hasil ujian air kencing mendapati sembilan lelaki dan dua perempuan positif dadah jenis METH.

Katanya lagi, hasil siasatan dalam sistem SPRJ mendapati dua suspek mempunyai rekod dikehendaki polis di atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Pada masa sama, katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Pelan Pemulihan Negara (PPN 2021).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here