Penyertaan pelaburan Unit Saham Amanah Brainy Bunch masih dibuka

0
126
PENGASAS dan Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Peluang masih terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin menjadi pemilik bersama Brainy Bunch melalui Pelaburan Unit Saham Amanah Brainy Bunch.

Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim berkata, penyertaan itu masih dibuka sehingga 31 Ogos ini dan orang ramai dijemput untuk bersama-sama merebut peluang tersebut.

Beliau berkata, Pelaburan Unit Saham Amanah Brainy Bunch yang dilancar baru-baru ini adalah peluang terbaik pelaburan dengan menawarkan pulangan sehingga 10 kali ganda.

Sekitar di dalam kelas pada hari pertama di sekolah antarabangsa Brainy Bunch Montessori.

“Keyakinan itu bersandarkan pelan dan rancangan ‘Exponential Growth’ institusi pendidikan itu melalui penguasaan capital mechanism yang dijangka dicapai dalam masa 10 tahun.

“Untuk menjadi pemilik bersama ini kita akan terus buka kepada seluruh rakyat Malaysia, syarikat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia serta institusi pendidikan lain,” katanya dalam sesi penerangan Brainy Bunch Road to Nasdaq IPO.

Mohd Fadzil berkata, tawaran pemilikan saham yang mensasarkan nilai pelaburan RM300 juta itu memberi peluang kepada orang ramai memiliki saham pada harga serendah RM5,000 seunit.

Katanya, langkah mendapatkan nilai pelaburan saham berkenaan akan dicapai dan dimaksimumkan melalui penyenaraian Brainy Bunch di NASDAQ sebaris dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

brainy-bunch-building
brainy-bunch-building

Dalam pada itu katanya, orang ramai supaya tidak perlu ragu-ragu untuk menyertai pelaburan itu kerana Amanah Warisan Berhad (Awaris) telah dilantik sebagai syarikat pemegang amanah saham.

“Awaris merupakan syarikat yang berdaftar dengan sah dan sudah lama dalam urusan pegangan amanah melibatkan syarikat-syarikat utama di negara ini,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pelaburan ini boleh melayari pautan ini https://subscriber.brainybunchtrustfund.com/affiliate?u=3

Untuk rekod, Brainy Bunch kini memiliki 102 Cawangan di Malaysia, empat di Singapura, dua di Indonesia, satu di Brunei dan sekolah ‘charity’ di Gaza serta sebuah Kompleks Sekolah Islam Antarabangsa di Cyberjaya dengan Bangunan bernilai lebih RM100 Juta.

Selain itu, nilai perniagaan Brainy Bunch terkini di nilaikan pada RM1 Billion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here