Perancis wajibkan pekerja sektor perkhidmatan miliki sijil kesihatan

0
34
Sijil kesihatan itu dikeluarkan kepada individu yang sudah menerima vaksin Covid-19.

PARIS – Lebih 1.8 juta pekerja sektor perkhidmatan di Perancis perlu menunjukkan sijil kesihatan sekiranya mahu kembali bekerja.

Menurut The Guardian, sijil kesihatan tersebut dikeluarkan kepada individu yang telah menerima vaksin Covid-19.

Kata kerajaan Perancis, arahan ini meliputi mereka yang bekerja di restoren, panggung wayang, perpustakaan dan petugas kereta api.

Buat masa ini, orang ramai sudah diwajibkan mengemukakan sijil tersebut jika ingin makan di restoren, memasuki perpustakaan, dan menggunakan perkhidmatan rel laju jarak jauh.

Para pekerja yang gagal mengemukakan sijil itu boleh digantung kerja tanpa gaji.

“Para majikan yang tidak mengendahkan arahan ini, boleh dikenakan denda, dan hukuman penjara,” kata Menteri Kebudayaan Perancis, Roselyne Bachelot, hari ini.

Keputusan kerajaan memberi kelonggaran sosial kepada individu yang memiliki sijil kesihatan menyaksikan kenaikan angka pengambilan vaksin.

Buat masa ini, hampir 72 peratus rakyat Perancis sudah menerima satu dos vaksin, manakala 64 peratus lagi sudah menerima suntikan dos penuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here