Perdana Menteri menghadap Agong pada Isnin?

0
114
Istana Negara

CYBERJAYA- Ketika ini heboh dikatakan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Isnin ini.


Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada ia betul atau tidak dan jika betul difahamkan berkaitan dengan kedudukan Perdana Menteri.


Ketika ini, khabar angin bertiup kencang bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat.


Namun, perkara itu dianggap tidak tepat kerana Muhyiddin baharu sahaja semalam membuat perutusan khas berhubung perancangannya.

Dalam perutusan khas itu,Muhyiddin berkata, tiada seorang pun Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti, justeru Perdana Menteri baharu tidak boleh dilantik menurut Perlembangaan Persekutuan.

“Apabila Perdana Menteri tidak boleh dilantik, maka kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk,” katanya.

Bagaimanapun pada hari ini, media melaporkan menteri-menteri dan juga timbalan menteri serta pemimpin parti politik dilihat berkunjung di kediaman Perdana Menteri.

Perkara itu pelbagai spekulasi dan petugas media juga dilihat berkampung di luar kediaman Perdana Menteri untuk melihat atau menunggu perkembangan semasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here