Perdana Menteri tinggalkan Istana Negara pada 3.25 petang

0
54
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambaikan tangan selepas selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.

KUALA LUMPUR –  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat meninggalkan Istana Negara melalui pintu utama pada pukul 3.25 petang tadi

Naib Presiden UMNO itu sempat membuka tingkap dan melambai kepada media yang berkampung di Istana Negara bagi mengikuti perkembangan semasa.

Ahli Parlimen Bera itu hari ini selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan di Istana Negara kira-kira pukul 2.28 petang.

Ismail Sabri mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Antara yang turut berada di dalam Balai Singgahsana Kecil menyaksikan peristiwa itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun serta Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.

Selain itu, turut kelihatan ialah ketua-ketua parti politik negara seperti Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yasin, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, serta Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong di-Pertuan Agong berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendapat sokongan majoriti 114 ahli Dewan Rakyat berdasarkan surat akuan (SD) yang dihantar kepada Seri Paduka Baginda dan jumlah itu mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here