Perkongsian video temasya Olimpik 2020 di media sosial tidak dibenarkan

0
32
Jurucakap IOC, Mark Adams.

TOKYO – Larangan berkongsi video temasya Olimpik 2020 di media sosial turut meliputi para atlet dan pegawai sukan, kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Kata jurucakap IOC, Mark Adams, larangan itu adalah bagi melindungi hak penyiar rasmi temasya tersebut.

“Kami menggalakkan peminat, dan semua orang supaya berkongsi imej dan gambar acara.

“Namun, bagi video, ia milik penyiar rasmi temasya,” kata Adams hari ini.

Difahamkan, IOC akan menerima sebanyak USD4 bilion (RM 16.87 bilion) daripada pemegang hak penyiar.

Kata Adams, 90 peratus daripada dana itu kemudiannya disalurkan kepada pertubuhan sukan di seluruh dunia.

“Dana itu disalurkan kepada perkembangan sukan dan para atlet,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here