Pesawat pengangkut prototaip Rusia jatuh terhempas

0
291
Pesawat pengangkut prototaip, Ilyushin Il-112V.

MOSCOW – Sebuah pesawat prototaip Ilyushin Il-112V yang sedang menjalani penerbangan ujian jatuh terhempas, semalam.

Menurut portal Moscow Times, seramai tiga individu dilaporkan maut dalam kejadian yang berlaku berhampiran lapangan terbang Kubinka itu.

Salah seorang yang dilaporkan terbunuh adalah Nikolai Kuimov, seorang juruterbang penguji yang pernah menerima pingat Hero of Rusia kerana “keberaniannya dalam menerbangkan pesawat ujian”.

Difahamkan, ketika kejadian, pesawat itu dengan tiba-tiba mengalami kebakaran enjin menyebabkannya hilang kawalan lalu terhempas.

Pesawat Il-112V merupakan sebuah pesawat pengangkut ringan yang direka bagi kegunaan Angkatan Udara Rusia.

Pesawat itu direka oleh firma United Aircraft Corporation (OAK).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here