
LONDON – Firma Pfizer Inc. dan Moderna Inc. dilaporkan menaikkan harga dos vaksin Covid-19 keluaran mereka.
Menurut laporan Financial Times hari ini, kenaikan harga vaksin kedua-dua firma itu terkandung dalam kontrak pembelian terbaharu Kesatuan Eropah (EU).
Difahamkan, satu dos vaksin Pfizer kini berharga 19.50 euros (RM97.65) naik daripada harga sebelumnya iaitu 15.50 euros (RM77.62).
Bagi vaksin Moderna pula, harga baharu bagi satu dos adalah sebanyak 25.50 euros (RM127.70), berbanding harga lama sewaktu kontrak perbekalan mula dimeterai iaitu sebanyak 19.00 euros (RM95.15) bagi satu dos.
Namun, tidak dapat dipastikan lagi sama ada kenaikan harga ini turut melibatkan pasaran dunia atau tidak.