Pimpinan tertinggi Pas sertai mesyuarat BN

0
255
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

CYBERJAYA – Pimpinan tertinggi Pas dilaporkan turut menyertai mesyuarat Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tadi.

Antara yang dilaporkan hadir termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden, Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyudin Hassan; dan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Takiyuddin kemudiannya dilaporkan meninggalkan lokasi pertemuan pada pukul 12.18 tengah hari, namun tiada sebarang direkodkan daripada beliau.

Laporan terdahulu menyebut, Pas sebulat suara menyokong dan mencalonkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk tujuan itu, parti berkenan sudah bersiap sedia dengan akuan bersumpah (SD).

Untuk makluman, Pas juga bekerjsama dengan UMNO bagi membentuk gabungan Muafakat Nasional selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here