Platform minyak terbakar, 5 terbunuh, dua masih hilang

0
2244
Difahamkan, kebakaran itu menjejaskan kapasiti penghasilan minyak Mexico.

MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya 5 terbunuh, manakala 2 lagi masih hilang dalam insiden kebakaran di platform minyak milik Petroleos Mexicanos (Pemex) kelmarin.

Menurut agensi berita CGTN semalam, Pemex dalam satu kenyataan berkata, 6 lagi individu tercedera, dengan salah seorang daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Ketua Pengarah Pemex, Octavio Romero Oropeza, kejadian tersebut berlaku kira-kira 100 kilometer (km) daripada Ciudad del Carmen, yang terletak di wilayah Campeche.

“Buat masa ini, kita sedang giat menjalankan operasi mencari dua lagi individu yang masih hilang,” kata Oropeza dalam satu sidang akhbar, semalam.

Beliau kemudiannya menambah, seorang mangsa yang terbunuh disahkan sebagai kakitangan Pemex, manakala 4 lagi merupakan kakitangan syarikat penyelenggaraan pelantar, Cotemar.

“Api berjaya dipadamkan, dan selain operasi mencari, kami juga sedang menjalankan siasatan punca kejadian,” katanya lagi.

Buat masa ini, pengoperasian platform itu telah digantung, menjejaskan operasi kira-kira 125 telaga minyak yang mampu menghasilkan sehingga 421,000 tong minyak sehari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here