
CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Difahamkan, pada pertemuan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan senarai nama jemaah Kabinet untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Sesi menghadap dijangka berlangsung di sebelah pagi di Kuantan, Pahang.
Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan bahawa beliau akan mengumumkan jemaah Kabinetnya pada minggu ini selepas mendapat perkenan Tuanku.
Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu susulan penyandangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.