PM selesai menghadap Agong, kini ke pejabatnya di Putrajaya

0
27
Perdana Menteri selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan yang membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara kira-kira pukul 11.50 pagi dan dipercayai menuju ke pejabatnya di Putajaya.

Ketika melalui di hadapan petugas media, Muhyiddin sempat menurunkan cermin kenderaan dan melambai tangan kepada petugas media.

Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong selama hampir satu jam hari ini, dipercayai membincangkan keadaan politik semasa negara.

Terdahulu hari ini, kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 10.53 pagi.

Selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin hari ini dijadualkan ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet. 

Sejak pagi tadi, petugas media dan anggota polis sudah memenuhi pekarangan Istana Negara bagi memantau perkembangan terkini isu politik negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here