PM tiba ke Istana Abdulaziz

0
71
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUANTAN – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Abdulaziz untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat tiba pada pukul 10.53 Pagi.

Difahamkan, Ismail Sabri hari ini akan mempersembahkan cadangan barisan Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

Seperti kebiasaannya, semasa tiba, Ismail Sabri sempat melambaikan tangan kepada media yang berkumpul di pekarangan istana.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, senarai jemaah menteri akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Turut hadir ke sesi menghadap itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yanh tiba di Istana Abdulaziz di sini kira-kira pukul 11.30 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here