PM tidak hadir majlis angkat sumpah kerana jalani kuarantin

0
65
Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri istiadat mengangkat sumpah para menteri dan timbalan di Istana Negara petang ini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia diadakah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 2.30 petang ini.

Majlis turut disaksikan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Ismail Sabri perlu menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

“Bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,” memetik kenyataan itu.

Ismail Sabri pada 27 Ogos lalu mengumumkan barisan Kabinet baharu beliau selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here