PM tiup semangat atlet paralimpik Tokyo 2020

0
10
Atlet negara yang akan bersaing dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020

CYBERJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meniup semangat atlet negara yang akan bersaing dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Perdana Menteri berkata, beliau dan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian semua atlet tersebut yang membawa nama negara.

Ismail Sabri juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.

“Walau apa pun, doa saya adalah untuk mereka pulang kepada kita Keluarga Malaysia dengan selamat.“Tak kiralah apa sahaja keputusannya, saya mahu anda tahu bahawa anda semua adalah juara di hati kami. Ayuh Malaysia” tulisnya dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

Terdahulu Ismail Sabri mengadakan video conference bersama atlet negara bagi memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebanyak 4,400 atlet dari 160 negara akan bertanding dalam 22 jenis sukan bermula pada 24 Ogos dan berakhir pada 5 September nanti.

Bagi Malaysia pula, seramai 22 atlet akan menyahut cabaran mengibar Jalur Gemilang dalam sembilan jenis sukan disertai kontinjen negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here