PM ucap tahniah kepada Azizulhasni

0
9

PUTRAJAYA – Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang meraih pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo, sebentar tadi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hadiah pingat perak itu bukan sahaja pencapaian membanggakan negara bahkan menambah keceriaan kepada kontinjen negara sebelum temasya sukan itu melabuhkan tirainya.

“Biar apa pun warnanya, kilauan pingat yang dikutip di pentas sukan terbesar ini tentunya memberi makna cukup signifikan buat anda (Azizulhasni) dan juga negara apabila melihat Jalur Gemilang dinaikkan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Acara Keirin merupakan harapan terakhir negara untuk meraih pingat dalam temasya Sukan Olimpik kali ini. Pingat pertama negara iaitu gangsa disumbangkan oleh beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Dalam perlumbaan peringkat final tadi, Azizulhasni Awang menduduki tempat kedua selepas tewas kepada pesaing dari Great Britain, Jason Kenny manakala juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen meraih gangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here