Polis berjaya halang perarakan ke Parlimen

0
65
Ahli-Ahli Parlimen berarak ke Parlimen hari ini

KUALA LUMPUR – Perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen tidak berjaya selepas dihalang oleh polis.

Perarakan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula di Dataran Merdeka dengan membawa banner Mahiaddin & Kabinet Letak Jawatan.

Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 10 pagi selepas cubaan mereka memasuki Parlimen pada 9.30 pagi tidak berjaya.

Mereka gagal memasuki Parlimen selepas polis bertindak menutup laluan-laluan ke Parlimen susulan penangguhan sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Perhimpunan di Dataran Merdeka dimulakan dengan beberapa Ahli Parlimen memberikan ucapan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selepas ucapan, mereka mula berarak ke Parlimen dengan laungan reformasi dan letak jawatan.

Pihak polis yang berkawal cuba menahan pergerakan tersebut beberapa kali namun ahli-ahli Parlimen terus mara sehingga ke bulatan Bank Negara.

Namun, sepasukan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah bersiap sedia di laluan masuk Jalan Parlimen bagi menyekat pergerakan tersebut.

Rundingan oleh Anwar bersama pihak polis juga gagal dan akhirnya ahli-ahli Parlimen mengambil keputusan untuk menghentikan perarakan yang berlangsung selama lebih sejam itu dan bersurai.

Anggota FRU yang menyekat laluan juga bersurai kira-kira jam 10.50 pagi, namun kenderaan FRU masih berada di laluan masuk sebagai langkah berjaga-jaga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here