Polis buat lencongan jalan di 88 lokasi di ibu negara hari ini

0
244
Sebanyak 88 lokasi akan terlibat dengan lencongan jalan di ibu negara hari ini

CYBERJAYA- Polis akan membuat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu negara bermula pukul 9 pagi hari ini.

Ia berikutan terdapat maklumat ada pihak yang merancang mengadakan perhimpunan atau perarakan, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, antara jalan yang terlibat adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Loke Yew, Jalan Tun Sambathan, Jalan Bukit Bintang, Masjid Negara dan Bulatan Sultan Hishamuddin.

“Turut terlibat dalam lencongan jalan raya adalah Jalan Kuching, susur Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Istana dan Bulatan Sungai Besi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, warga kota khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan agar mengelakkan melalui jalan-jalan berkenaan dan mematuhi arahan polis untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal dan lancar.

Dalam pada itu katanya, orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis terdekat untuk sebarang pertanyaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here