Polis Kedah buka kertas siasatan berhubung sijil digital vaksin palsu

0
38


Terdapat pihak tidak bertangungjawab menjual sijil digital vaksin palsu di laman sosial

ALOR SETAR – Polis Kedah mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan berhubung penularan di media sosial berhubung isu penjualan sijil digital vaksin palsu semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, satu kertas siasatan telah dibuka selepas polis menerima laporan berkenaa kegiatan tersebut pada pukul 9.44 malam.

Kamarul Zaman berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Setakat ini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan pemilikan atau penjualan sijil digital vaksin palsu dan Polis Kedah menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpengaruh untuk memiliki sijil terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Polis Kedah juga menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat di talian 04-7741275 atau MERS 999 atau Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Noorulazanni Muhammad Noor di talian 011-10318409.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here