Polis sahkan ambil kenyataan Ebit Liew

0
210
Abd Jalil Hassan

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengesahkan merakam keterangan percakapan daripada pendakwah terkenal, Ebit Liew bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Abd Jalil berkata, siasatan bagi kes itu akan diteruskan sehingga pihaknya berpuas hati untuk merujuk kes tersebut kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

“Polis telah merakam keterangan percakapan Ebit Irawan bin Ibrahim Liew bagi membantu siasatan kes gangguan seksual,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Ebit Liew hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 8.59 pagi ini dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan meninggalkan ibu pejabat polis itu kira-kira pukul 2 petang.

Ketika ditemui media, Ebit Liew mengaku hadir untuk memberi keterangan dan menyatakan kesediaannya memberi kerjasama berhubung siasatan kes tersebut.

“Saya hadir pagi ini untuk memberi keterangan dan kerjasama kepada pihak polis terhadap fitnah dan tuduhan melampau ini,” katanya yang ditemani peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here