Presiden Pas gesa terima tawaran PM untuk elak rasuah berleluasa

0
513
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Pemimpin parti politik termasuk pembangkang sepatutnya menerima secara positif tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan kepercayaan bersama terhadap kerajaan terkini menyelesaikan masalah, bukannya perebutan kuasa semata-mata.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa pemimpin parti politik termasuk pembangkang menerima tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan kepercayaan bersama terhadap kerajaan dan bukannya perebutan kuasa semata-mata.

Beliau berkata, pendekatan menghulur tangan dengan mengajak semua parti politik demi menyelesaikan masalah darurat musibah dan bencana, sepatutnya disambut dan diselesaikan secara kemanusiaan tanpa mempedulikan perbezaan dan kepentingan peribadi.

Pada masa sama, katanya, isu rasuah juga menjadi titik pertemuan semua pihak kerana ia tidak boleh diterima, justeru wajar disekat daripada berleluasa lagi.

“Maka, janganlah didahulukan untuk mendapatkan kuasa sehingga punca penyakit rasuah dibiarkan berkuasa lagi. Tawaran kepada semua parti politik bagi mendapatkan kepercayaan bersama untuk kerajaan terkini supaya masa untuk menyelesaikan masalah sepatutnya diterima secara positif.

“Ini kerana masalah ekonomi dihadapi kesan daripada pandemik Covid-19 yang membebankan semua rakyat perlu diselesaikan secara perpaduan dan hendaklah diutamakan tanpa menghabiskan masa kerana mahukan kuasa semata-mata.

“Maka, peluang sepatutnya diberikan kepada kerajaan dalam tempoh yang sepatutnya masalah darurat, musibah dan bencana sepatutnya diselesaikan secara kemanusiaan tanpa mempedulikan perbezaan, dan hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi dan kelompok tertentu sahaja.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan pemimpin politik yang menolak pelawaan untuk bersatu menyelamatkan rakyat dan negara, demi memenuhi kehendak politik peribadi yang sempit adalah kelompok gila kuasa yang tidak mempedulikan nyawa rakyat.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pemimpin politik seharusnya mengambil pengajaran terhadap kemelut kerajaan terdahulu yang bermasalah dengan bersabar dan memberikan masa kepada kerajaan sekarang menyelesaikan masalah bersama.

Beliau berkata, selepas keadaan mengizinkan, maka barulah mandat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka mahu dengan selesa.

“Janganlah disebabkan tidak boleh bersabar seketika, kita akan menerima padah dan masalah yang lebih besar dan lebih berat untuk dipikul.

“Cukuplah menjadi pengajaran kepada rakyat terhadap kerajaan yang sudah lama memerintah, sehingga mereka dibelenggu dengan penyakit rasuah,” katanya.

Abdul Hadi berkata, negara kini diibaratkan sedang berada dalam bahtera yang sedang menghadapi taufan wabak yang mengganas dan mengancam nyawa rakyat.

Beliau berkata, dalam keadaan genting ini, negara ‘diganggu’ oleh golongan yang ingin merampas kuasa yang nyata menjadi masalah, malah mereka juga pernah gagal menyelesaikan masalah berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here