Puak Houthi serang pangkalan udara gunakan dron bersenjata, peluru berpandu

0
478
Pangkalan Al-Anad merupakan antara lokasi penempatan pasukan tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi.

ADEN – Lebih 30 anggota tentera kerajaan dilaporkan terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pemberontak Houthi, semalam.

Menurut portal Sky News, serangan ke pangkalan udara itu turut mencederakan sekurang-kurangnya 65 yang lain.

Jurucakap tentera Yemen, Mohamed al-Naqib berkata, angka kematian dijangka akan meningkat susulan ramai di antara yang tercedera berada dalam keadaan kritikal.

Buat masa ini, belum ada pengesahan sama ada terdapat orang awam yang turut menjadi mangsa dalam serangan itu.

Serangan itu dilancarkan menggunakan dron bersenjata dan peluru berpandu darat ke darat itu menyasarkan pangkalan Al-Anad yang menempatkan tentera bersekutu yang diketuai oleh Arab Saudi.

Sementara itu, menurut agensi AP, serangan itu berlaku ketika para anggota tentera sedang melakukan latihan fizikal pagi.

Buat masa ini, puak pemberontak masih belum memberikan sebarang kenyataan.

Pada Januari 2019, pangkalan itu pernah diserang dengan dron bersenjata, yang mana mengorbankan 6 anggota tentera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here