Rekod dunia 400 meter berpagar wanita lebur di Olimpik Tokyo 2020

0
59
McLaughlin di skrin catatan masa rekod dunia yang dicatatkannya hari ini

CYBERJAYA- Pelari Amerika Syarikat, Sydney McLaughlin berjaya memecahkqn rekod dunia acara 400 meter lari berpagar wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pada aksi akhir tadi, McLaughlin mencatatkan 51.46 saat meninggalkan rakan senegara yang juga juara bertahan 400 meter lari berpagar, Dalilah Mohamad (51.85 saat).

Pingat gangsa dimenangi atlet Belanda, Femke Bol dengan catatan 52.03 saat.

Lebih bermakna, kemenangan itu merupakan pingat Olimpik pertama McLaughlin selepas beliau gagal ke final di Rio 2016.

Semalam, atlet Norway, Karsten Warholm turut melakar rekod dunia baharu dalam acara 400 meter berpagar lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Warholm mencatat 45.94 saat membolehkannya merangkul emas dengan mengetepikan wakil Amerika Syarikat, Rai Benjamin yang mencatat 46.17 saat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here