
MANCHESTER – Pemain sensasi, Cristiano Ronaldo sah kembali ke kelab lamanya, Manchester United selepas tidak lagi berminat bermain bersama Juventus.
Berita mengejutkan itu disahkan melalui Twitter rasmi milik Manchester United sebentar tadi.
“Manchester United ingin mengesahkan bahawa kelab ini telah mencapai kata sepakat bersama Juventus mengenai urusan perpindahan Cristiano Ronaldo, perjanjian ini melibatkan terma peribadi, visa dan perubatan.
“Ronaldo merupakan pemenang lima kali Ballon d’Or dan telah memenangi lebih 30 kejuaraan utama sepanjang kariernya.
“Ketika bersama Manchester United, beliau telah menjaringkan sebanyak 118 gol dalam 292 penampilan,” katanya hari ini.

Rabu lalu, tersebar khabar angin bahawa pemain kebangsaan Portugal itu akan berpindah ke Manchester City.
Juara Liga Perdana, City dikaitkan dengan perpindahan pemenang lima kali Ballon d’Or itu selepas gagal mendapatkan kapten England, Harry Kane.-MT