Saham Amanah Brainy Bunch tawar pulangan 10 kali ganda

0
564
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Pelaburan Unit Saham Amanah Brainy Bunch yang dilancar pada Jumaat lalu dan dibuka sehingga 31 Ogos ini menawarkan pulangan sehingga 10 kali ganda nilai pegangan.

Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim berkata, keyakinan itu bersandarkan pelan dan rancangan ‘Exponential Growth’ institusi pendidikan itu melalui penguasaan capital mechanism yang dijangka dicapai dalam masa 10 tahun.

Beliau berkata, berbeza dengan pelaburan pasif yang biasanya menawarkan pulangan 5 hingga 20 peratus, pegangan dalam saham yang ditawarkan itu mampu digandakan sehingga 900 peratus.

“Kami mempunyai capital mechanism yang baik untuk pelaburan ini dan mampu menggandakan pulangan sehingga 900 peratus.

“Ini bermakna kalau RM5,000 dilaburkan, kita akan dapat RM50,000. Kalau kita ada RM100,000 ia akan jadi RM900,000.

“Bagaimanapun saya mengesyorkan pelabur merebut peluang untuk mendapatkan pegangan 10 unit saham bersama RM50,000 untuk potensi gandaan pulangan RM500,000,” katanya dalam Live Facebook bertajuk Rahsia Orang Kaya! petang ini.

Pengumuman Coach Fadzil mengenai pelan Exponential Growth termasuk penyenaraian ke NASDAQ sempena pelancaran Saham Amanah Brainy Bunch, baru-baru ini.

Mohd Fadzil berkata, tawaran pemilikan saham yang mensasarkan nilai pelaburan RM300 juta itu memberi peluang kepada orang ramai memiliki saham pada harga serendah RM5,000 seunit.

“60,000 unit saham yang ditawarkan kepada warga negara dan bukan warga negara itu bersamaan RM300 juta nilai pelaburan yang merupakan 30 peratus nilai syarikat yang dilaburkan.

“Pada nilai pelaburan itu, syarikat Brainy Bunch yang sedang dalam perluasan ke seluruh dunia akan dinilai pada harga RM1 bilion,” katanya.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, langkah mendapatkan nilai pelaburan saham itu akan dicapai dan dimaksimumkan melalui penyenaraian Brainy Bunch di NASDAQ sebaris dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

Mengulas sasaran pembayaran dividen, beliau yakin akan dapat mengagihkan dividen pada tahun ketujuh.

“Strategi kita melabur keuntungan cara ini adalah untuk berkembang dengan lebih cepat dan bukannya untuk membayar dividen seawal mungkin,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadzil menyeru orang ramai supaya tidak ragu-ragu untuk menyertai pelaburan itu dan mengumumkan pelantikan Amanah Warisan Berhad (Awaris) sebagai syarikat pemegang amanah saham tersebut.

“Awaris merupakan syarikat yang berdaftar dengan sah dan sudah lama dalam urusan pegangan amanah melibatkan syarikat-syarikat utama di negara ini,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pelaburan ini boleh melayari pautan ini https://subscriber.brainybunchtrustfund.com/affiliate?u=3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here