Salah ke saya berterima kasih kepada Muhyiddin? – Mila Jirin

0
6942
Mila Jirin

CYBERJAYA – Penyanyi dan pemilik perniagaan jenama Biz Milla Catering (M) Sdn Bhd, Norsyarmilla Jirin atau Mila Jirin merasakan maklum balas nitizen terhadap kenyataan terima kasihnya kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini sesuatu tindakan yang tidak bertepatan.

Bekas juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu bagaimanapun percaya, kecaman dilontarkan warganet itu berpunca daripada ‘silap faham’ orang ramai selepas membaca jumlah bantuan yang saya terima daripada kerajaan.

Sedangkan katanya, tujuan sebenar hantaran di Instagramnya itu adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada Muhyiddin selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan berkongsi rasa sedih dengan kawan-kawannya di media sosial.

“Saya tak nak komen lebih lebih… Saya hanya ucapkan terima kasih kepada PM atas bantuan yg saya terima (subsidi upah untuk para pekerja saya) dan hanya berkongsi rasa dengan sahabat saya di IG tentang rasa sayu dan sedih.

“Tak ada apa apa unsur politik. Kerana saya bukanlah extreme politik. Lebih kepada sebagai manusia dengan manusia. Berterima Kasih dan kenang jasa itu sahaja,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune hari ini.

Dapur berpusat Milla Catering untuk pasaran Lembah Klang.

Dalam hantaran Instgram sedelum ini, Milla menyifatkan Muhyiddin banyak berjasa dalam menangani penularan wabak Covid-19, selain menghulurkan banyak bantuan kepada rakyat Malaysia.

Beliau juga mendedahkan syarikatnya menerima bantuan berjumlah RM76,000 sebulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1) dan RM38,000 bagi fasa seterusnya.

Mengulas mengenai perkara itu, usahawan berusia 33 tahun itu berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu kerana bantuan melalui Program Subsidi Upah (PSU) itu adalah bantuan kerajaan kepada semua yang layak.

Katanya, bantuan bagi mengurangkan beban majikan menanggung kemerosotan pendapatan akibat pelaksanaan PKP itu bukan pemberian secara peribadi tetapi bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan dan boleh dipohon oleh syarikat yang mencarum Perkeso.

“Saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima. Bantuan Subsidi upah bukan diterima oleh saya sahaja malah ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja.

“Moga ada hikmah perkara ini keluar (hebah). Saya yakin majikan tahun mengenai PSU ini, tetapi pekerja mungkin ada yang tidak tahu sebab bantuan ini disalurkan kepada majikan untuk dibayar kepada pekerja,” katanya.

Milla yang merupakan Pengarah Urusan syarikat, memulakan perniagaan bersama suami, Isz Mustapha kini memiliki kira-kira 100 pekerja di bawah jenama-jenama perniagaan seperti Bizmilla Wedding Centre, Bizmilla Bridal Factory, Bizmilla Travel & Tours, Bizmedia Marketing, HurryHurry Food & Groceries Delivery dan Cakesmilla.

Antara jenama perniagaan yang dikembangkan Mila Jirin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here