Sambutan baik, jualan awal unit trust Brainy Bunch cecah RM2 juta

0
273
brainy-bunch-building
Kampus utama Brainy Bunch di Cyberjaya. Brainy Bunch kini memiliki 102 Cawangan di Malaysia, empat di Singapura, dua di Indonesia, satu di Brunei dan sekolah ‘charity’ di Gaza.

CYBERJAYA – Unit Saham Amanah Brainy Bunch yang dibuka kepada awam pada Jumaat lalu sehingga kini telah mencapai nilai pelaburan lebih RM2 juta.

Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyertai pelaburan sekaligus menjadi pemilik bersama institusi pendidikan awal kanak-kanak terbesar di negara ini.

Hari hari pertama pelancaran unit trust itu, Mohd Fadzil mengumumkan pendaftaran 1,000 pelabur yang terdiri dalam kalangan ibu bapa murid di Brainy Bunch.

“Alhamdulillah! Sudah lebih RM 2juta berjaya diterima. Terima kasih kepada yang sudah mengambil peluang menjadi pemilik bersama Brainy Bunch!,” katanya dalam hantaran di Facebook pagi ini.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil sebelum ini menyasarkan nilai pelaburan saham amanah itu sehingga RM300 juta daripada pelaburan yang ditawarkan pada harga serendah RM5,000 seunit.

Pelancaran unit saham amanah itu merupakan sebahagian daripada ‘Brainy Bunch Exponential Growth Plan’ yang mensasarkan beberapa matlamat antaranya nilai perniagaan mencecah RM10 bilion dalam masa 10 tahun tahun dan disenaraikan di NASDAQ.

Untuk rekod, nilai perniagaan institusi itu dinilaikan pada harga RM1 bilion.

“Brainy Bunch sedang dalam usaha mengembangkan operasi ke seluruh dunia setelah lebih 10 tahun membina jenama pendidikan terbaik di negara ini.

“Untuk jangka masa panjang, peluang pelaburan ini akan memberi pulangan sehingga 10 kali ganda,” ujar beliau.

Brainy Bunch kini memiliki 102 Cawangan di Malaysia, empat di Singapura, dua di Indonesia, satu di Brunei dan sekolah ‘charity’ di Gaza serta sebuah Kompleks Sekolah Islam Antarabangsa di Cyberjaya dengan Bangunan bernilai lebih RM100 Juta.

Mohd Fadzil Hashim

Mohd Fadzli berkata, peserta pelaburan akan diberikan pautan program affiliate untuk membolehkan program itu dikongsi kepada orang ramai.

“InshaAllah hari ini kami akan activate link affiliate agar Tuan/Puan dapat mula berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Kami juga sudah mula mendapat permintaan dari pelabur institusi.

“Kami sangat berharap agar lebih ramai individu mengambil peluang ini sebelum pelabur institusi masuk,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai pelaburan itu boleh didapati di https://brainybunchtrustihsan.com/ atau dapatkan bantuan daripada kumpulan Telegram di pautan berikut;https://t.me/joinchat/izmD3o8G8xg1OWVl dan https://www.youtube.com/watch?v=5A98bkhrfHg

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here