Santhara tuntut PH tunai manifesto jika berkuasa semula

0
174
Datuk Seri Edmund Santhara

CYBERJAYA – Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Edmund Santhara menuntut supaya Pakatan Harapan (PH) melaksanakan segala janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) lalu sekiranya kembali berkuasa.

Bekas ahli Parlimen PKR itu berkata, alasan tidak mempunyai sumber kewangan tidak boleh diterima kerama terdapat janji dalam manifesto itu tidak memerlukan duit.

“Memandangkan saya bukan lagi menjadi ahli Parlimen pentadbiran, maka saya sebagai Ahli Parlimen Segamat, akan membawa janji-janji PH agar mereka laksanakan kali ini, jika mereka kembali berkuasa.

“Jangan pula kata kerajaan mereka tidak ada duit kerana daripada 25 manifesto untuk masyarakat India, lebih dari 15 tidak memerlukan kewangan, cukup takat niat untuk melaksanakannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manifesto PH yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia dalam PRU lalu

Dalam pada itu, Santhara turut berharap PH tidak mengabaikan tanggungjawab mereka untuk kedua kalinya jika kerajaan PH kembali.

Semantara itu, katanya, meskipun pernah menjadi ahli Parlimen di bawah PH, beliau tetap setia dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan akan menjadi ahli Parlimen pembangkang sekiranya PH berkuasa semula.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here