‘Selamat tinggal Barcelona’ – Messi

0
59
Messi ketika mengadakan sidang akhbar, semalam.

BARCELONA – Bintang Argentina, Lionel Messi semalam mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan kelab bola sepak Barcelona.

Keputusan itu diumumkan menerusi satu sidang akhbar yang diadakan semalam, kata portal The Guardian.

Pemain berusia 34 tahun itu pada awalnya dijangka menandatangani kontrak baharu, namun tidak menjadi kenyataan berikutan undang-undang kewangan La Liga yang menetapkan had siling gaji pemain ke atas kelab yang bertanding.

“Saya ingin kekal (bersama Barcelona), tetapi keadaan tidak membenarkan.

“Laporta (presiden Barcelona) berkata, undang-undang liga tidak membenarkannya,” kata Messi merujuk kepada peraturan La Liga itu.

Selaku salah sebuah kelab elit dunia, Barcelona yang dipenuhi pemain berstatus bintang memiliki tangga gaji paling tinggi di antara kelab tempatan lain.

“Saya tidak tahu mengenai mekanisma had gaji yang ditetapkan liga.

“Apa yang saya tahu, ia mempunyai kaitan dengan hutang kelab, dan pengurusan kelab tidak mahu menambah lagi hutang,” kata Messi lagi.

Selepas 21 tahun bersama Barcelona dan memenangi 35 trofi, Messi masih menutup mulut mengenai kelab baharu yang akan disertainya.

Namun, desas desus menyatakan, Messi akan menyertai PSG dengan kontrak selama 3 tahun bernilai 40 juta euro (RM198.73 juta) setahun, kata akhbar sukan berpengaruh, L’Equipe.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here