Selepas 5 hari hilang, mayat bekas imam ditemukan menghadap kiblat

0
396
Lokasi mangsa ditemukan hari ini

YAN – Selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan, mayat seorang lelaki warga emas yang hilang dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai di sini ditemukan di bawah timbunan batang pokok di sebuah chalet dekat Air Terjun Batu Hampar, hari ini.

Mayat mangsa, ,Ku Shuib Ku Abdullah 91, ditemui anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tersebut kira-kira pukul 3.23 petang.

Mangsa yang juga merupakan bekas imam Masjid Yan dekat sini ditemui di bawah timbunan batang pokok di kawasan sungai yang baru terbentuk berhampiran Sungai Batu Hampar.

Memetik laporan Kosmo!, keadaan mayat mangsa kelima itu didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar.

Ku Shuib Ku Abdullah

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon memberitahu, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira lima minit kemudian.

Katanya, mayat Ku Shuib kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Yan untuk proses selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here