Selepas dapat pingat perak, Azizulhasni dikejutkan isterinya mengandung anak ketiga

0
155
Azizulhasni bersama isteri dan anaknya dalam rakaman yang disiarkan baru-baru ini untuk menaikkan semangatnya.

TOKYO – Beberapa detik selepas dikalungkan pingat perak dalam acara keirin lelaki Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi, pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang menerima kejutan apabila dimaklumkan isterinya sedang mengandung anak ketiga.

Berita gembira itu dimaklumkam oleh wartawan Astro Arena, Bazli Azmi yang menemuramah beliau selepas berakhirnya upacara mengalungkan pingat di Velodrom Izu sebentar tadi.

Azizulhasni yang terkejut dengan berita itu
terus sujud syukur dan menangis kegembiraan.

“Alhamdulillah, it’s good news. Saya sekarang tak sabar balik jumpa semua.

“Terima kasih atas sokongan, saya minta maaf. Saya sudah lakukan yang terbaik. Terima kasih sekali lagi semua,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu menurut Bazli, dia diminta menyimpan rahsia tersebut oleh isteri Azizulhasni, Athiah Ilyana Abd Samat, 35, yang kini berada di Melbourne, Australia bersama dua orang lagi anaknya.

Katanya, rahsia itu diminta disimpan supaya fokus pelumba negara itu tidak terganggu dalam misi memburu pingat Olimpik untuk negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here