Senarai penuh jemaah menteri akan diumum minggu ini

0
43
ISMAIL SABRI

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan senarai penuh kabinetnya pada minggu ini.

Menurut portal Astro Awani, senarai jemaah menteri itu akan dipersembahkan dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum diumumkan.

“Tunggu pengumuman, kalau saya umum hari ini sudah tidak suspen, dalam minggu ini saya akan umumkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan lawatan kerja rasmi pertamanya ke daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah hari ini.

Ismail Sabri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai senarai jemaah menteri yang disebarkan menerusi sosial media.

“Itu semua fake (palsu), setiap hari ada senarai baharu… bagus juga boleh bantu saya tetapi saya nak ingatkan jangan percaya, semua itu tak betul,” katanya lagi.

Buat masa ini, tumpuan negara kini tertumpu kepada jemaah Kabinet yang akan diumumkan Ismail Sabri selepas menjawat jawatan Perdana Menteri ke-9 Malaysia.

Ismail Sabri, 61, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Sabtu lalu susulan perletakan jawatan penyandangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here