Shah Firdaus dikejarkan ke hospital

0
706
Detik-detik kemalangan yang menimpa pelumba negara, Mohd. Shah Firdaus yang terjatuh ketika pusingan kelayakan acara keirin Olimpik 2020, hari ini.

TOKYO – Atlet lumba basikal negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom dikejarkan ke hospital berikutan kecederaan yang dialaminya ketika pusingan kelayakan acara keirin Olimpik 2020, sebentar tadi.

Menurut satu paparan di laman Facebook Team Malaysia, Shah Firdaus berkemungkinan mengalami patah rusuk.

Dalam pusingan kelayakan acara di Velodorm Izu tadi, Shah Firdaus jatuh terhentak di posisi kiri badannya setelah mengalami kemalangan.

Dalam perlumbaan semula yang diadakan kemudian, beliau tidak berlumba atas nasihat pegawai perubatan Institut Sukan Negara.

Namun, semangat waja yang tidak mahu mengalah membuatkan dia membuat keputusan untuk berlumba semula pada pusingan repechage dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua, sekaligus layak mara ke pusingan suku akhir, esok.

Seorang lagi pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang turut akan beraksi esok setelah layak secara automatik apabila memenangi perlumbaan beliau.

Sementara itu, pelumba Britain, Jack Carlin dilaporkan menutup ruangan komen di instagram miliknya selepas diserang oleh netizen Malaysia.

Carlin menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia selepas aksi ‘kurang ajar’ menghimpit pelumba trek negara, Shah Firdaus menjadi punca kepada kemalangan pelumba negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here