Shamsul Anuar letak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli

0
606
Shamsul Anuar

CYBERJAYA – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah hari ini meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli secara serta merta.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil ketetapan yang dibuat oleh parti UMNO.

“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti maka sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli jemaah menteri Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas peluang yang diberikan.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga kementerian.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang mencabar,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here