Shuib mohon henti kongsi rakaman audio keadaan Siti Sarah

0
189
Siti Sarah yang dijangkiti Covid-19 kini dilaporkan dalam keadaan kritikal

CYBERJAYA – Pelawak terkenal, Shuib meminta orang ramai untuk berhenti daripada berkongsi rakaman audio yang tular dalam aplikasi WhatsApp mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.

Dalam satu hantaran menerus Instagram Story miliknya, Shuib berkata, rakaman audio yang tular itu bukan keadaan terkini Siti Sarah.

“Berkenaan ‘voice note’ yang viral (tular) mengenai Siti Sarah, itu adalah keadaannya pada hari Jumaat, 6 Ogos lalu.

“Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi dan padam rakaman audio itu di mana-mana platform media sosial,” katanya.

Shuib bersama Siti Sarah dan anak-anak mereka

Terdahulu rakaman audio yang tular itu menceritakan keadaan Siti Sarah yang dilaporkan sudah tiada harapan selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawat penyanyi berkenaan.

Menurut Shuib, keadaan isterinya masih sama dan memohon orang ramai untuk terus menitipkan doa buat Siti Sarah.

“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan. Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here