Sidang Dewan Rakyat pada 6 September ini ditangguh seminggu

0
24
Parlimen

CYBERJAYA – Sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya bersidang bermula 6 hingga 30 September ini ditangguhkan selama seminggu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu notis kepada ahli Parlimen oleh Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin.

Notis itu memaklumkan sidang akan datang akan bermula pada 13 September sehingga 12 Oktober.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 17 hari, iaitu tambahan dua hari daripada jadual sebelum ini.

Bagaimanapun notis itu tidak memaklumkan punca penangguhan itu.

Sidang kali ini yang pertama selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semalam Ismail Sabri bersama barisan Kabinet baharu dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara namun Perdana Menteri tidak dapat hadir kerana terpaksa menjalani kuarantin diri selepas mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here