Siti Sarah jalani pembedahan keluarkan bayi

0
175
Siti Sarah sekeluarga baru-baru ini disahkan dijangkiti Covid-19

CYBERJAYA – Penyanyi terkenal, Siti Sarah akan menjalani satu pembedahan bagi mengeluarkan bayinya bagi menyelamatkan nyawa mereka berdua.

Menurut pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom, prosedur pembedahan itu akan dilakukan sekitar pukul 2 petang ini.

“Alhamdulillah, Shuib baru menghubungi saya. Katanya, sebaik habis sahaja bacaan Yassin tengah hari tadi, doktor hubungi dia dan beritahu keadaan Sarah makin stabil.

“InsyaAllah jam 2 petang ini doktor akan buat pembedahan keluarkan bayi. Kalau pembedahan ini berjaya, insya-Allah semuanya okey. Insya-Allah Sarah akan okey,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Menurut Nana, dia berterima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yassin untuk kesejahteraan diri dan bayi dalam kandungan isteri kepada pelawak terkenal, Shuib itu.

Siti Sarah ketika membuat panggilan video bersama suami dan anak-anaknya semalam

“Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga. Insya-Allah dengan pembedahan terbabit dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” katanya.

Terdahulu, daalm satu hantaran menerusi laman Facebook, Shuib memaklumkan Siti Sarah terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi tadi.

Penyanyi itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here