Sokong PM, Ismail Sabri berdepan tindakan?

0
1189
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

CYBERJAYA -Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berdepan tindakan akibat tindakan menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan tampil berdiri bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ismail Sabri pada mulanya bersetuju untuk akur keputusan parti.

“Ismail Sabri berada dalam mesyuarat dan bersetuju dengan keputusan MKT untuk tarik sokongan daripada PN, malah memberitahu ahli MKT yang beliau akan menuruti (segala) keputusan parti. 

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti,” kata Ahmad Zahid seperti yang dilaporkan The Vibes.

Menurut Ahmad Zahid, beliau akan menyerahkan kepada lembaga disiplin UMNO, yang diketuai oleh Tan Sri Zulhasnan Rafique, untuk memutuskan tindakan terhadap Ismail Sabri.

“Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail Sabri itu,” tambahnya.

Dalam perutusan khas Perdana Menteri semalam, Ismail Sabri dilihat berdiri di sebelah Muhyiddin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here