Sudah ada ganjaran menanti The Pocket Rocketman

0
142
Datuk Mohd Azizulhasni Awang menang perak di Sukan Olimpik Tokyo

KUALA TERENGGANU – Ganjaran untuk pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Mohd Azizulhasni Awang daripada kerajaan negeri Terengganu sudah ada.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bentuk ganjaran dan insentif tersebut akan diumumkan dalam terdekat.

Wan Sukairi berkata, pemberian insentif berkenaan sebagai penghargaan buat The Pocket Rocketman kerana mengharumkan nama negara di persada dunia dalam acara yang disertai.

“Kerajaan negeri sudah bersetuju memberikan insentif menerusi kejayaan meraih pingat perak yang turut dianggap pencapaian luar biasa.

“Azizulhasni merupakan model terbaik dengan pengorbanannya berjauhan daripada keluarga dan negara, jadi, ini antara usaha kita membalas sumbangan beliau,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Dalam acara keirin Sukan Olimpik Tokyo di Veledrom Izu semalam, Azizulhasni berada di tempat kedua di belakang pelumba Britain, Jason Kenny, manakala pingat gangsa dimenangi Harrie Lavreysen dari Belanda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here