Sultan Johor terima mengadap Perdana Menteri

0
152
Foto Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenaan menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi.

Baginda Sultan dalam kenyataan di Facebook rasmi bertitah, jemputan Perdana Menteri ke istana itu adalah bagi mempersembahkan perkembangan semasa negara.

“Saya menjemput beliau untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah baginda.

Sultan Ibrahim sebelum itu merasmikan Pembukaan Penggal Persidang Ke 4 Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar yang turut dihadiri Muhyiddin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir.

Pada pembukaan sidang itu, baginda bertitah menasihatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi Johor.

Sementara itu, persidangan DUN Johor yang mula bersidang hari ini ditangguhkan selama seminggu dan disambung semula pada 22 Ogos depan bagi membolehkan penilaian terhadap prosuder operasi standard yang lebih ketat dilakukan di dewan berkenaan.

Foto Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here