Suntikan vaksin Covid-19 lebih melepasi 23 juta dos

0
14
Adham
Dr Adham Baba

CYBERJAYA – Sebanyak 23,161,255 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 15,162,424 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,998,831 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 46.4 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 24.5 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 514,674 dos diberikan pada Khamis dengan 220,839 adalah pemberian dos pertama manakala 293,835 lagi adalah dos kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here