Taliban benarkan wanita bekerja, dapatkan pendidikan

0
225
Zabihullah Mujahid

KABUL – Taliban yang kini kembali berkuasa di Afghanistan berikrar untuk menghormati hak-hak wanita berdasarkan norma Islam.

Menurut jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid, ini termasuk memberi kebenaran untuk golongan wanita bekerja dan mendapatkan pendidikan.

Pada masa sama, katanya, kanak-kanak perempuan juga dibenar mendapatkan pendidikan.

“Berdasarkan undang-undang Syariah, kami akan membenarkan golongan wanita bekerja, mereka adalah elemen penting dalam masyarakat, dan kami sangat menghormati mereka.

“Sekiranya masyarakat memerlukan mereka, peranan mereka diiktiraf,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Dalam pada itu, Zabiullah berkata, Taliban juga bersedia untuk memaafkan mana-mana pihak yang menentang mereka sebelum ini.

Katanya, Taliban juga akan memastikan negara itu tidak menjadi pusat kepada kumpulan pengganas dan tidak akan membenarkan mana-mana kuasa besar asing menggunakan negara itu untuk menyerang negara lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here