Taliban umum berjaya tawan Afghanistan

0
520
Tangkap layar video rakaman Aljazeera selepas Taliban berjaya memasuki Istana Presiden

KABUL – Pejuang Taliban mengumumkan telah berjaya menawan seluruh Afghanistan susulan berjaya memasuki Istana Presiden selepas beberapa jam Presidennya, Ashraf Ghani melarikan diri.

Dalam satu video yang dirakam oleh stesen antarabangsa, Aljazeera menunjukkan sekumpulan pejuang Taliban yang memegang senjata berada dalam ruang pejabat dan duduk di kerusi milik Ashraf.

Ashraf melarikan diri semalam selepas Taliban memasuki ibu negara, Kabul, dan mengisytiharkan kemenangan selepas pertempuran hanya 10 hari.

Ashraf berkata, kumpulan pemberontak itu sudah menang selepas mereka masuk ke Kabul, 20 tahun selepas mereka diusir oleh tentera gabungan Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Taliban sudah menang melalui ‘pedang serta senjata api’ dan kini bertanggungjawab terhadap kehormatan, harta benda dan hak asasi penduduk Afghanistan.

“Mereka kini berdepan ujian sejarah baru sama ada mahu menjaga nama dan kedaulatan Afghanistan atau mengutamakan kepentingan peribadi serta rangkaian mereka,” katanya dalam kenyataan pertama di Facebook selepas melarikan diri.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here