Tembak: Anggota TUDM yang cedera parah meninggal dunia ketika menerima rawatan

0
238
TUDM Kota Semarahan

KOTA SAMARAHAN – Mangsa yang cedera parah dalam kejadian tembakan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi tadi meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.

“Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, tiga anggota TUDM maut dalam kejadian tembakan pada pukul 7.50 pagi tadi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM Kota Semarahan.

Menurut Aidi, difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri.

Katanya, dua rakannya yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Dalam pada itu katanya,  pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak telah tiba di lokasi kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here